Kebelakangan ni, aku rasa hidup aku haru biru, lintang-pukang. Semalam, aku asyik nah hangin je satu badan. Membebel lepas geram sana-sini. Ada je yang tak kena di mataku. Hadoi! Aku tak suka perasaan ini. Aku benci pada rasa marah. Marah itu api, dan api itu syaitan. Syaitan dijadikan daripada api. Bila kita marah, syaitan suka. Bertepuk tangan mereka bersorak kegembiraan.
Semalam juga, balik kerja, aku cuba luangkan masa untuk diri sendiri. Mencari punca mengapa diri jadi begini. Mungkin masa yang ada, aku tak peruntukkan untuk diri sendiri. Terlalu banyak benda yang nak dikejarkan, sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Tak cukupkah tempoh masa 24 jam sehari?
Allah jadikan 1 hari ada 24 jam je, tak lebih dan tak kurang walau sesaat. Maksudnya, sebenarnya,  mesti cukup kan, sehari 24 jam tu. Mesti ada sebab kenapa Dia jadikan 24 jam je sehari. Bukan 25 jam dan bukan juga 24 jam 30 minit.
Aku sedang cuba meluangkan masa untuk diri sendiri. Cuba untuk menyelami jauh ke dasar hati sendiri. Bermuhasabah diri. Apa silap ku? Di manakah silapnya gerak langkah ku. Aku sedar, gerak langkahku semakin hari semakin sumbang. Kadang kala aku seperti tahu arah haluan ku. Memandu diri sendiri ke arah yang aku mahu. Tapi kadang kala semangat itu tiba-tiba hilang seperti ditiup angin. Lalang kah aku?. Atau sebenarnya, aku terlalu penat atau terlalu banyak fikir.   
 
Raya ke-5 hari tu, aku pergi urut satu badan rentetan aku accident semasa beraya. Beberapa tempat bila tukang urut tu urut, aku rasa sakit. Dia kata “ni kepala ni”. Bila diurut tempat lain, aku kata “sakit” juga. Jawapan dia tetap sama “ni pun kepala”. Urat kita bersambung antara 1 sama lain. Dan urat-urat yang sakit semuanya berkaitan dengan kepala aku. Bila dia urut kepala aku, Ya Allah, bisanya aku rasa. Kata tukang urut, darah berkumpul kat kepala aku. “Ni awak selalu ngantuk ni. Walaupun dah tidur, tapi masih rasa mengantuk, sebab darah tak mengalir ke seluruh anggota badan awak”. Apa yang dia cakap tu memang betul. Sejak 3 bulan kebelakangan ni, aku rasa mengantuk sangat dekat opis. Tidur awal pun ngantuk, tidur lambat pun ngantuk. Memang sampai terlelap kat opis. Bila masuk opis je, mata aku terus ngantuk. Bila balik rumah, segar pula. Dulu aku tak macam ni. Beberapa bulan ni je, aku jadi begini.
Kata dia lagi “Orang kerja opis memang selalu macam ni. Sebab air-cond. Air-cond ni memang best, rasa sejuk je. Tapi nanti bila umur awak dah 40 ke atas, mula lah awak rasa bisa-bisa tulang, sengal-sengal sendi”.  Pergh, kalau nak cerita pasal air-cond, air-cond kat opis aku memang sejuk giler, sampai nak beku tangan aku rasa, nak menaip pun dah tak boleh. Suhu selalu cecah 20oC, lebih-lebih lagi time hujan. Mak ai!. Memang tahap gaban sejuknya. Paling tinggi pun suhu kat opis aku 23oC. Memang kami kena maintainkan suhu 20-26oC, supaya mesin tak rosak.
Apa pun, aku kena berjaga-jaga juga, sebab aku ada tendency untuk dapat migrain. Oh tidak!.
Psst: I’m exhausted. Malam je masa yang ada untuk aku berehat. Terlalu banyak berfikir di tempat kerja (non-stop thinking), make me vaporized. Hujung minggu pun penuh dengan aktiviti. Masa untuk berehat dan bermalas-malasan memang sangat kurang. Tadi makcik telefon, minta tolong ajar anak dia nak SPM. Ajar English dengan Sejarah pula tu. Mak aih, English aku pun berterabur!. Sejarah pula, dulu masa jawab SPM, aku buat sejarah sendiri. Nak ajar anak orang? Huhu…ajaran sesat lah jadinya nanti. 
p/s: Setakat English untuk diri sendiri guna bolehlah. Nak ajar, aku tak layak. Ajar anak jiran yang darjah 2  pun (mak aku ajar anak jiran English), aku asyik buka kamus je, inikan pula English untuk SPM, esei lagi tu. Kah3. MUET band 3 aje oit! SPM B4 aje. Tak yah ler belajar English dengan aku. Kang tak pasal-pasal keluar bintang terus atas kepala tu.

Yang dah makin ting-tong,

error: Content is protected !!