Hari ni lambat on laptop. Dah nak dekat pukul 12 tengah malam baru start online. Seronok berborak dengan housemate punya pasal, sampaikan lewat melakukan rutin harian di malam hari. Apa lagi kalau bukan mengadap lappy, kan.
Raya-raya ni memang kurang meluangkan masa beronline. Eh!. Bukan setakat masa raya je, sejak Ramadhan lagi, memang laptop ni agak sering dibiarkan bersendirian. Sejak raya pertama, memang aku tak berblog langsung, lappy pun ditinggalkan kat rumah mak. Tuannya beraya di rumah atuk dan sanak-saudara. Cian dia kan.
Isnin malam hari tu, baru berkesempatan on lappy, tu pon kejap je. Tiba-tiba teringat pula hari Isnin hari Nuffnang tambah duit tabung. Tapi kan, huhu..terperanjat apabila tengok campaign earning tak berganjak. “Takkan takde earning langsung minggu lepas?. Tak pernah terjadi ni. Paling sikit pun aku dapat 50 sen”. Mengimbau semula keadaan blog minggu lepas, memang agak sunyi sepi blog ni. Jarang kelihatan iklan menari-nari di LR dan SS. Yang setia berdansa iklan di LB je, tu pun sebab buffered. Nasib baik ada buffered yang sentiasa menambahkan jumlah sen dalam tabung ni. Alhamdulillah.
Dah beberapa hari tengok campaign earning masih tak berganjak. Semalam sewaktu merayau-rayau ke rumah (blog) orang, terjumpa luahan hati dia tentang Nuffnang tak update earning. Rupanya bukan aku seorang je yang mengalaminya. Earning orang lain pun tak berganjak juga. Ada yang kata memang time raya Nuffnang lambat update earning. Erm..logik juga. Cuti raya lah kan.
Tapi tadi, tak sangka, duit tabung dah berubah angkanya. Nuffnang dah update earning!. Yeay!

Minggu lepas update sehingga 1 Sep. Sekarang dah update sehingga 11 Sep.
Selasa lepas, walaupun earning untuk kempen tak berganjak, tapi aku agak teruja dan terperanjat tatkala bola mata kecil ini terpandangkan 1 lagi extra buffered. Alhamdulillah, tak sangka Nuffnang bagi juga aku buffered. Ingatkan bulan ni tak dapat buffered. Sebab sebelum-sebelum ni, blog ni dapat 2 buffered setiap awal bulan. Walaupun bulan ni baru dapat  1 je buffered, tapi syukurlah, ada juga daripada tak de langsung.
Buffered terkini: STB GPSS (Iklan Grandprix F1).
Book tiket sekarang sebelum sold out. Banyak yang dah sold out tu!
THANK YOU NUFFNANG
DAN
SEMUA KAWAN-KAWAN YANG RAJIN DATANG SINI
DAN
YANG RAJIN KLIK IKLAN (JIKA ADA).
MUAH!
SAYANG YOU ALLS!

BACA JUGA :  5 CAMPAIGN EARNING SERENTAK DARI NUFFNANG
error: Content is protected !!