SINTOK 23 Sept. – Bayaran balik pinjaman (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.
“Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai. Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,” katanya.
Beliau berkata, walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.
Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru, manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.
Sumber: Utusan Online
pssst: Kalau potong gaji untuk peminjam baru je, peminjam lama still lagi liat nak bayar. LEBIH 46 RIBU PEMINJAM PTPTN TAK BAYAR HUTANG

error: Content is protected !!