Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
RAMADHAN BERLALU, SYAWAL MENJELMA | Syaisya.com
Hari ni malam terakhir bersama Ramadhan 1431H. Sedihnya…huhu…Aku suka sangat Ramadhan. Ramadhan kali ni, memang aku nanti-nantikan. Sekejap je dia dah tinggalkan aku. Aku tak rasa pun macam dah sebulan. Kenapa sekejap sangat?.
Masih segar di ingatan, kali pertama berbuka puasa untuk Ramadhan 1431H ni. Masa tu, aku masak mee bandung untuk berbuka. Bulan Ramadhan, company bagi balik pukul 5.30 petang. Waktu bekerja aku biasanya sampai 5.50. Jadi, 1 Ramadhan, aku pun pulang ke rumah awal, setelah sempat ke pasar borong membeli bahan mentah. Memasak pun awal lah juga, kan. Lepas dah masak tu, jam baru je menunjukkan pukul 7. Huish! Aku dah mula bising, lambatnya nak azan. Housemate aku pun tegur:
Housemate 1: Hai! Sebelum ni 2 minggu you puasa, boleh pula sabar. Ni tak boleh sabar pula?.
Housemate 2: Sabar ler..tahulah masak mee bandung. Sabar sikit!.
Aku: Bukan apa, kak. Selalu kan saya lepas masak saya terus makan, sebab selalu saya balik kerja lambat. Buka pun lambat. Dah azan, saya masih hegeh-hegeh lagi masak. Jadi ni, tiba-tiba je, dah siap masak, saya tak boleh makan lagi. Tu yang rasa lambat bebenor ni.
Huhu..gitulah aku hampir sebulan yang lalu. Memang aku rasa lambat sangat nak azan. Mata asyik jeling jam je. Hehe..Kenangan…akan tetap menjadi kenangan..Walaupun aku rasa macam baru semalam je aku buat perangai macam tu. Waduh! Childish sungguh aku.

Target yang aku set untuk Ramadhan kali ini juga tercapai. Alhamdulillah, syukur padaNya, kerana memberikan aku ketenangan yang didambakan. Dia juga telah menunjukkan pada aku, jalan seterusnya yang perlu aku lalui. Konflik diri yang melanda, kekusutan akal fikiran dalam membuat pilihan, sama ada yang itu atau yang ini, ku pohon padaNya agar ditunjukkan jalan yang baik untukku. Dekatkanlah padaku segala yang baik untukku. Jauhkanlah dari ku segala yang tak baik untukku. Setelah seminggu lebih Ramadhan, satu malam tu, secara tiba-tiba, sesuatu seakan datang menghampiriku. Datang sangat dekat padaku. Hati dan mindaku terus terdetik untuk melakukannya. Saat aku berada di persimpangan, yang itu atau yang ini, Dia memberitahuku, pilihlah yang sinun. Patutlah selama ini aku masih tak dapat buat keputusan, hati kosong dan fikiran keliru. Rupa-rupanya, bukan kedua-dua pilihan itu patut ku pilih. Tapi ada lagi pilihan lain, yang tak masuk dalam senarai. Sesungguhnya, Dia yang maha mengetahui, segala yang di langit dan di bumi. Hatiku kini kembali tenang dan pasti, pada jalan yang patut ku pilih.
Ramadhan….
Yang tenang lagi mendamaikan…
Ramadhan….
Mungkinkah kita akan bersua lagi?
Ramadhan…
Aku akan merinduimu lagi…
Ramadhan…
Walau hatiku berat membiarkan kau pergi..
Tapi ku perlu akur..
Kerna,
Masa akan tetap berlalu…
Mengikut ketentuan Ilahi…
Ramadhan berlalu dan Syawal menjelma…
Yang berlalu tetap akan pergi,
Yang pergi, takkan kembali…
Hidup perlu diteruskan..
Kerana HIDUP ADALAH ANUGERAH…

error: Content is protected !!