Salam Ramadhan kepada pengunjung Muslim. Dalam meniti kehidupan yang penuh onak ranjau dan berduri ini, pastinya kita takkan terlepas dari diuji. Pujian dan cacian adalah perkara biasa dalam kehidupan. Kadang kala, pujian juga merupakan satu ujian untuk kita. Terlalu asyik dipuji akan membuatkan kita membangga diri. Mulalah nak riak. Terlalu asyik dikutuk pula, boleh menyebabkan manusia bunuh diri. Rasa up and down dalam kehidupan, hidup bagaikan roller coster, kadang-kala kita di atas dan kadang-kala kita di bawah.Tapi, bila kita di atas, biasanya ada je yang nak mendengki. Mulalah fitnah ditabur dan dijaja sana sini untuk mendapatkan sokongan dan pengikut.
Aku sangat tertarik dengan entri ‘Blogger; Kenapa Perlu Menabur Fitnah dan Berhasad Dengki? + Second Nuffnang Checque’ di blog sis Dahlia. Walaupun entri ini berupa luahan perasaan yang dah tak bertepi lagi, tapi entri ini penuh dengan nasihat dan pandangan yang tersirat. Sis Dahlia meluahkan perasaan bengangnya terhadap blogger yang memfitnahmya dan dengki padanya rentetan income Nuffnangnya yang cecah angka ribu.
Apabila difikirkan kembali, memang benar perkara-perkara yang diperkatakan oleh sis Dahlia dalam entri ini. Kenapa ya, perlu dengki terhadap kesenangan orang lain?. Kenapa ek nak fitnah-fitnah orang lain?. Kenapa tak nak gunakan masa yang ada untuk majukan diri sendiri?. Bukan ke itu lebih elok daripada memfitnah dan mencipta keburukan terhadap orang lain?.
Sedih juga kan, apabila orang Melayu sampai di cap PHD. Kalau PHD yang boleh dapat gelaran Professor Madya tu tak apa lah juga, ni siap ada istilah ‘PHD Melayu’. Huhu..sadis betul.
Setakat ni, aku belum kena lagilah, benda-benda yang macam ni dalam dunia blog. Mungkin sebab aku ni berblog secara syok sendiri kot. Jadinya, takde lah orang nak jeles-jeles atau dengki-dengki kat aku. Alahai..apalah yang nak didengkikan aku ni. Bukannya ada apa yang hebat sangat kat blog aku ni. Apabila baca entri-entri yang sebegini, aku tahu memang banyak perkara berlaku dalam dunia maya blog ni. Bagi aku, sebenarnya, dunia maya ni sama je juga dengan dunia realiti. Selagi yang duduk di kedua-dua dunia ini adalah manusia.
Apapun, aku yakin dan pasti, sis Dahlia berasa sangat tenang dan lega setelah membuat luahan perasaan melalui entri ini. Kadang-kala, luahkan lebih baik dari memendam rasa, walaupun diam adalah lebih baik. Tapi diam tak bermaksud kita kalah, kan?.
Kepada sis Dahlia, cekalkan hati dan teruskan perjuangan. Bak kata pepatah Iban, Agi Idup Agi Ngelaban. Anggap sahaja itu semua adalah ujian dan dugaan untuk sis terus berjaya. Buktikan yang sis boleh berjaya dan lebih mantap dari sekarang. Hidup ini memang penuh dengan dugaan. sebagai blogger juga, kita tak terlepas untuk diuji. Hidup ini akan menjadi indah jika kita jadikan ujian dan dugaan sebagai sahabat baik. Wallahualam.
Hadiah yang saya pilih ialah Scrub Puteri Annisha dan Miracle Mask