Yuhuuuu…Salam ke kepada pembaca-pembaca blog ni. Hidup Adalah Anugerah. Ya, aku sangat bahagia dan sukaaaa sangat tatkalai jari-jemari ku ini menari-nari di atas keyboard ni. Senyuman mekar turut terukir di bibir ku tatkala ini.
Sebenarnya, aku baru je lepas dipanggil oleh boss tadi. Pada hemat aku, ni mesti dia nak bagi payslip, sebab hari ni gaji keluar. Tapi, datang-datang je kat bilik dia, dia hulur payslip, lepas tu suruh aku buka. Heh! Pelik je kan, selalunya dia bagi aku payslip banyak-banyak, untuk anak-anak buah aku sekali. Tapi kali  ni dia bagi payslip aku je.
Aku pun duduk dan pegang dokumen yang dia bagi. Rupanya kat belakang payslip tu ada surat. Heh! Berdebar juga aku. Aku pun buka surat tu, Alhamdulillah, aku dapat increment rupanya. Gaji aku kini telah bertambah sikit. Sempat aku tanya boss aku, “U proposed I ke?” Dia jawah “Ha’ah”. Tapi ni CEO yang bagi, dia ikut suka hati dia nak bagi increment berapa. Boss aku kata, dia tak ikut berapa yang boss aku proposed. Tapi, tak pelah. “Better than nothing”, kata Boss.  
Aku suka sangat. Selama aku dah bekerja 2 tahun 10 bulan ni sejak aku grad, ni lah kali pertama aku dapat increment. Tak sangka. Sekurang-kurangnya, di mata Boss aku, aku dah menunjukkan performance yang baik. Tu yang aku suka sebenarnya. Walaupun nilai tambahan yang diberikan tak seberapa, yang penting Boss aku pandang hasil kerja aku. Kat tempat kerja lama, aku tak dapat increment pun. Huhu… dan memang time aku kerja kat sana (setahun je), memang tahun tu semua orang tak dapat increment, sebab company tengah sibuk nak buang orang (time gawat hari tu).
Sebenarnya, aku terkejut juga, kelmarin, semasa housemate aku bagitau ada increment bulan ni, sedangkan aku yang stuff ni pun tak tahu menahu pasal ni. Lagi aku terkejut sebab aku tahu bisnes company sekarang tengah teruk. Ya ke ada increment?. Macam tak caya. Hihu….tak sangka aku salah seorang dari mereka yang dapat increment. Bukan semua orang dapat tu! Yeah! Thanks boss. I love U lah boss. Hehe…Gaji aku dah start bertambah mulai bulan lepas. Yeehaa…Syukur…Suka sangat.
Owh! Lagi 1 berita gembira…tengahari tadi sempat cek web Nuffnang, Alhamdulillah, tak ku sangka, Nuffnang bagi lagi aku BE. Kali ni dapat Buffered Bank Islam. Aku terperanjat juga sebenarnya, sebab tak pernah nampak pun iklan Bank Islam kat blog aku ni. Hehe..lagipun sekarang ni memang aku dah kurang berblog. Laptop masih di kedai. So, sekarang ni ada 3 BE di LB. Suka3. Kalau tak silap aku, ni BE ke-2 untuk bulan ni. Thanks Nuffnang. I love you too. Muahs.

Pssst: Senyum seindah suria =)

error: Content is protected !!