Syawal dah pun berlalu meninggalkan kita. Bagaimana dengan Syawal anda semua pada tahun ni?. Syawal kali ini, aku tak sempat beraya di semua rumah sanak saudara terdekat (pak cik dan mak cik). Ewah! Boleh ke kata tak sempat. Raya kan 31 hari, tak cukup ke?
Hihu…Sepatutnya mestilah cukup. Tapi dek kerana beberapa sebab tertentu, aku tak dapat nak beraya ke semua rumah saudara terdekat. Tapi tu tak bermakna aku tak jumpa mereka langsung raya kali ni. Ada jumpa mereka, sebab mereka berkunjung ke rumah ibuku masa majlis potong jambul anak sedara aku, 26 haribulan yang lalu.
Tapi masa akan tetap berlalu dan meninggalkan kita, kan. Walaupun kita sempat atau tak melakukan perkara yang kita sepatutnya lakukan pada satu-satu masa, ia akan tetap pergi dan takkan berpatah balik. Bukan dia yang harus tunggu kita, tapi kita yang patut mengejarnya dan menggunakan ia sebaiknya.
Kini, Zulkaedah dah pun menjenguk. Pada bulan ini, tiada sejarah yang amat penting bagi umat Islam. Zulkaedah bermakna “yang mempunyai duduk”.
Zul ertinya ‘yang mempunyai’Kaedah ertinya ‘duduk’
Dinamakan demikian kerana semua lelaki pada bulan ini duduk-duduk sahaja kerana, tidak ada yang bermusafir atau meninggalkan rumah. (Sumber: Rahsia dan Amalan Bulan Islam).
hahahaha rakan fb saya rupanya,sama-sama berblog yer
@Najib: Dari blog, Sya add Najib di FB =)