Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion. Pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. Najib, merangkap Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.
“Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telan belanja RM3.1 bilion pada kerajaan… kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara. Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil, hari ini.
Sumber: Kosmo!.
UPDATE (9 OGOS 2011): BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM 2011
Pssst: OK lah tu, dapat juga RM500. Aku yang kerja swasta ni pun, 1 sen bonus pun tak merasa. Huhu…

BACA JUGA :  BONUS KAKITANGAN AWAM 2011 & PESARA KERAJAAN
error: Content is protected !!