Sasaran Malaysia untuk mencapai 10 pingat emas dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi ini semakin menjadi kenyataan apabila atlet negara berjaya mengumpul lima pingat emas setelah 5 hari berentap di Sukan Komanwel. 
​Semalam, atlet negara meraih enam pingat:
2 emas (acara skuasy dan badminton)
  • Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David menewaskan pemain England Jenny Duncalf,  11-3, 11-5, 11-7
  • Pasukan badminton negara pula menewaskan pasukan tuan rumah, 3-1
2 perak (acara menembak dan memanah)
  • Acara 25 meter rapid fire pistol berpasangan,  Hasli Izwan Amir dan Hafiz Adzha tewas di tangan tuan rumah
  • Pasukan memanah recurve lelaki: Muhammad Izzuddin Abdul Rahim, Cheng Chu Sian dan Arif Farhan Ibrahim Putra tewas kepada Australia.
2 gangsa (acara ping pong dan berbasikal)
  • Beh Lee Wei, Ng Sock Khim dan Fan Xiao Jun menewaskan pasukan England, 2-3, yang terdiri daripada Kelly Sibley, Joanna Parker dan Hanna Hicks dalam acara ping pong
  • Trio basikal pecut negara: Awang Azizulhasni, Josiah Ng, dan Mohd Rizal Tisin.
Hari ini (hari ke-6), atlet Malaysia akan mengambil bahagian dalam 16 acara peringkat final antaranya ialah acara renang, memanah, tinju, serta menembak, dan kebanyakan acara ini dikuasai oleh negara Australia dan tuan rumah India.
Sehingga kini, Malaysia telah berjaya mengumpul 16 pingat (hampir separuh daripada bilangan pingat yang di kumpul pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia (29 pingat).

Kedudukan terkini:

1. Australia – 98 pingat (47 emas)
2. India – 47 pingat (20 emas)
3. England – 76 pingat (19 emas)
4. Canada – 39 pingat (14 emas)
5. South Africa – 18 pingat (7 emas)
6. Nigeria – 18 pingat (5 emas)
7. Malaysia – 16 pingat (5 emas)

Sumber: Kosmo!, Berita Harian, News.mylaunchpad dan kedudukan terkini

error: Content is protected !!