Kebelakangan ni, blog ni selalu ditinggalkan dek kerana kesibukan. Terlalu banyak perkara yang meminta perhatian dari aku. Jadi, aku terpaksa membahagikan masa yang ada dan menyelesaikan semua perkara satu persatu. Tak pe lah kan, sayang blog tinggal-tinggalkan. Boleh gitu?
Sementara Syawal masih belum tamat, aku rasa dah tiba masanya untuk aku buat entri yang dah lama terperam dalam kepala dan pemikiran aku ni. Entri kali ini adalah entri secara bundle, di mana aku mampatkan beberapa kisah dalam entri ni. Jimat masa sikit, sebab aku kan tengah busy ni.
Kisah pertama, mengenai puasa dan penurunan berat badan. Al-kisahnya, aku mula melatih perut untuk berpuasa di bulan Ramadhan sejak bulan Rejab. Tapi, tak de lah aku puasa banyak hari pun dalam bulan Rejab tu. Aku sempat puasa 3 hari je. Lepas tu, sebelum aku berpuasa di bulan Syaaban, aku nampak penimbang berat badan, dan aku timbang berat. “Eh! Takkan puasa baru 3 hari dah turun 2 kilo kot?” Huhu…Turun sudah berat aku.
Dalam pertengahan Ramadhan, timbang lagi. Turun lagi 2 kilo. Tapi akhir Ramadhan dan Awal Syawal, aku tak pula timbang berat, sebab tak bertemu dengan alat penimbang tu. Jadi, aku pun tak tahu sama ada berlaku lagi atau tak, penurunan berat badan tu. Tapi, apa yang pastinya, ahli keluarga aku, memang dah tegur aku. “Kurus sangat”. Hehe….What to do..aku pun tak boleh nak buat apa. Memang puasa ni menyebabkan aku kehilangan 4 kg dan walaupun dah raya, makan sana-sini, berat aku tetap tak nak naik. Dah turun memang susah sikit nak naik. Biasanya makan masa bertahun baru boleh naik. Kurus pun kurus lah, janji sihat. Ya tak?
Puasa 6 dan Puasa Yang Yok
Bulan Syawal, kita disunatkan berpuasa selama 6 hari. Sad to say, tahun ni aku tak dapat berpuasa 6. Huhu..sedihnya dan rasa rugi sangat. Aku sempat puasa sehari je. Setiap kali aku puasa, aku puasa yang yok. Pagi-pagi tak buka periuk, tapi pi kantin, beli makanan. Adeh!. Kebelakangan ni, memang aku tak jaga makan, so perut asyik masuk angin. Kalau dah tahan lapar dari malam lagi, memang lah jawabnya aku tak boleh puasa keesokan harinya. Kunci alarm kat handset, aku tak boleh nak bangun juga, walaupun aku sedar bunyi alarm tu. Aku tekan je handset tu, bagi bunyi tu senyap. Huhu…Sambung tidur. Penat ler….
Itulah kisah aku dan puasa-puasa tahun ni. Sungguh aku sangat kerugian fadhilat yang sangat besar dengan hanya berpuasa 6 hari di bulan Syawal ni. Moga aku ketemu lagi dengan Syawal.

Fadhilat Puasa 6 hari di bulan Syawal:

BACA JUGA :  HARI INI, 2 BERITA YANG MENYEBABKAN HATI INI GUNDAH GULANA

Dari Abu Ayyub Al-Anshari berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa”.  
(Hadis Riwayat Jamaah)

error: Content is protected !!