Di satu petang yang hening, dalam sebuah bilik pejabat yang sunyi, kelihatan dua beradik sedang duduk sebelah-menyebelah. Si adik sedang menatap laptop mencari dan mencari maklumat di internet. Si kakak pula sengaja mengampiri si adik, sebab nak ngendeng laptop tu sekejap. Hajat hati si kakak nak cek bil telefonnya di laman web Maxis. Tapi si adik kelihatan keberatan meminjamkan laptop kepada si kakak walaupun seketika. Khusyuk benar merenung skrin laptop. Si kakak melihat sekali imbas paparan di skrin laptop, ingin mengintai apa yang direnung si adik. Sekelipan mata kakak terasa menyala-nyala. “Mak aih, merah menyala”, spontan cetus hati si kakak. Kelihatan seorang wanita berpakaian merah berposing ala-ala peramugari. “Website Air Asia ke?”, itulah kata hati si kakak.
Alkisah si adik sebenarnya tengah sibuk mengumpul maklumat mengenai Langkawi. Bukan untuk siapkan assingment lecturer atau cikgu segala bagai, tapi untuk percutian kami sekeluarga. Setelah beberapa minit, si adik memberi laluan kepada si kakak untuk menggunakan laptop barang seketika sahaja. “Jangan tutup website yang sedang di buka”, begitulah pesan si adik sebelum melangkah keluar. Selepas selesai urusan si kakak, jari-jemari si kakak gatal nak tengok juga apa web yang si adik tengok. Baca sikit-sikit apa yang tertera. “Redmummy?…Ohhhh…patutlah semuanya merah. Nama pun dah Mak Merah.
Itulah kali pertama si kakak sampai ke blog Red Mummy. Pada masa tu si kakak ni pun tak tahu yang Mak Merah ni glamour memang Meletop Top Top. Apabila si kakak ni dah berblog selama 4 bulan, baru kenal sama ini Redmummy.com…”Ohhhh! Yang tu Redmummy rupanyanya. Eh! Blogger glamour rupanya”, getus hati si kakak sambil flashback balik entri yang dibaca ketika Mak Merah bercuti di Langkawi.
Walaupun si kakak sudah mengetahui bahawa Redmummy.com ini sangat glamour lagi famous amos, tapi si kakak memang tak terasa terpanggil nak menjenguk blog Redmummy.com, yang telah memberikan Ringgit Malaysia yang banyak sehingga melebihi 10 ribu ringgit sebulan kepada Mak Merah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Red. Pencapaian Redmummy.com menggamit perhatian media massa sehingga muncul beberapa kali di dada-dada akhbar. Glamour sungguh Redmummy.com ni.
Ada banyak entri iklan berbayar di Redmummy.com, antara sebab mengapa Redmummy.com ni memberikan ganjaran yang lumayan kepada 2 orang pengurusnya, siapa lagi kalau bukan Kak Red dan suaminya, si Sirman tu, aka ashterix. Owh! tu dia, sudah mula keluar perkataan-perkataan dari kamus Redmummy. Erk! Kamus Redmummy?. Apakah itu?. Kalau nak tahu, jom beramai-ramai kita selongkar dunia pencinta merah, Redmummy.com, si Diva Pencinta Merah, kerana kakak kepada si adik inipun masih belum selongkar habis dunia Pencinta Merah ini. Kalau ada masa terluang nanti, si kakak ini akan cuba mencedok ilmu Kak Mira, kot lah boleh meletup top top macam Kak Mira. Cewah! Berangan sudah…tak dapat jadi top blogger, dapat Hugo dari top blogger pun jadilah, kan…Hehe..

Pesanan untuk RM dan Sirman: Entri ni ditaip dengan hati yang walang, sebab tak boleh nak upload gambar. Asyik-asyik error aje. Isk Isk Uwaaa…..  =(

BACA JUGA :  LUCKY DRAW

error: Content is protected !!