Rasa rindu pada blog ni membuak-buak. Namun, aku tak dapat berbuat apa-apa selain dari memendamkan saja perasaan rindu ini. Aku tak dapat nak luangkan masa lama-lama dengan blog kesayangan aku ni. Nak godek lebih-lebih pun tak boleh. Kalau ada entri yang di publish semenjak 2 bulan ini, entri-entri tu semua aku taip dalam keadaan yang tergesa-gesa. Sama ada aku mengejar masa, atau masa yang mengejar aku, aku sendiri pun keliru. Mungkin juga kedua-duanya sekali.
Laptop kesayangan aku adalah nadi untuk aku berblog. Sepanjang ketiadaan dia dah hampir 2 bulan ini, blog ni pun tak dapat dikemaskini sekerap mungkin. Hanya dapat dijenguk barang sepicing cuma. Walau jarang berupdate, dan entri-entri yang di publish tak di ping ke mana-mana, Alhamdulillah, masih ada yang membuatkan aku tersenyum setiap kali menjenguk blog ni.
Terima kasih kepada anda, rakan-rakan maya yang baik lagi budiman, kerana sudi datang bertandang ke blog ini, membaca dan meninggalkan komen. Minta maaf kerana tak dapat nak balas komen-komen kalian. Aku sempat approve je komen, tapi tak sempat balas. InsyaAllah, akan dibalas kelak, apabila laptopku sudah pulih. Kepada yang mendoakan kejayaan aku sempena entri yang lalu, terima kasih banyak-banyak. Moga kalian juga mendapat apa yang kalian hajati.
Alhamdulillah, rasa syukur kerana blog ini menunjukkan peningkatan yang baik, sejak aku jarang berblog. Blog jarang update, blogwalking pun tak buat, ping pun tak. Kepayahan berblog tanpa laptop peribadi menyebabkan aku mula berfikir di luar kotak. Orang putih kata “Think out of box”. Aku berfikir bagaimana untuk mendapatkan trafik walaupun blog ni tak berupdate setiap hari.
Kalau ada yang perasan, blog ni agak berubah rentak sejak kebelakangan ni. Itu adalah apa yang aku fikirkan, untuk memastikan blog ni dapat survive, tanpa sentuhan pemiliknya dalam tempoh yang lama. Aku tak dapat nak letak screen shot atau apa-apa je gambar dalam entri ini untuk menggambarkan perkembangan blog ini. Curi-curi berblog pada waktu makan tengahari ni, pastinya membataskan pergerakan aku.
Owh…tak boleh mengomel panjang-panjang lagi. Aku perlu mengisi perut pula sekarang ni. Perut aku tak pandai skip lunch. Nanti perut ni tak boleh survive.
YEAH! JOM MAMAM! Perut dah signal ni. Mak aku selalu sebut ayat ni apabila dia lapar
“My stomach is crying”.
Psst: Berblog, berblog juga. Waktu makan kena jaga juga. Karang sakit, sendiri juga yang susah. Hehe =)
 

error: Content is protected !!