Aku baru je terbaca di Berita Harian Online, satu artikel ni mengatakan bahawa stadium untuk acara Sukan Komanwel di New Delhi kosong, tiada penonton atau hanya separuh penuh. Contohnya di gelanggang angkat berat, hanya atlit, pengurusan pasukan, pengadil dan jurugambar saja memenuhi ruang dalam gelanggang.
Kebanyakan penonton yang hadir untuk membeli tiket kecewa kerana petugas di kaunter tiket berkata, semua tiket sudah habis dijual, pada hal dalam gelanggang masih ada banyak tempat duduk kosong.
Bapa kepada seorang atlit tempatan yang bertanding terperanjat apabila diminta menunjukkan kad pengenalan, alamat dan butiran lain. Langkah ini dilakukan sebagai satu langkah waspada bagi memastikan penonton tidak membawa senjata masuk ke gelanggang bersama pengganas.

Di sini (New Delhi), versi mengenai jualan tiket adalah pelbagai sehingga tidak tahu yang mana satu adalah benar. Yang pastinya, penjelasan mengenai apa yang sedang berlaku di sini hanya akan dapat diketahui sehingga tamat temasya – sama ada tiket sudah habis atau kenapa tempat duduk di gelanggang kerap kosong atau hanya separuh penonton.

Psst: Macam-macam lah kan. Bukan ke lagi semangat atlit-atlit yang bertanding tu nak berentap jika ada ramai penyokong?. Tak lah terasa macam berada di dunia sendiri je.

BACA JUGA :  MAKSUD JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH UNTUK MEMOHON BANTUAN RM500 BR1M
error: Content is protected !!