Sukan Komanwel ke 19 di New Delhi telah tamat kelmarin. Kontinjen Malaysia beraksi dengan cemerlangnya dengan menggondol 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa. Dengan ini, kontinjen Malaysia bangga dapat melepasi sasaran 10 emas dengan meraih 2 emas bonus.

Wajah-wajah hero dan heroin Malaysia di Sukan Komanwel, New Delhi
´╗┐Pencapaian cemerlang ini jauh mengatasi pencapaian pada temasya Sukan Komanwel di Melbourne 4 tahun lalu, di mana ketika itu, kontinjen Malaysia hanya membawa pulang 7 emas, 12 perak dan 10 gangsa.
Tahniah juga diucapkan kepada Pandelela Rinong (terjun), Nur Ayuni Halim-Nur Suryani Mohd Taibi dan Bibiana Ng (menembak) serta Elaine Koon (gimrama) dan Aricco Jumith (angkat berat) kerana berjaya menyumbang emas walau nama tidak disenaraikan dalam sasaran 10 pingat emas sebelum ini.
Kedudukan pingat ketika temasya berakhir:
1. Australia – 177 pingat (74 emas)

2. India – 101 pingat (38 emas)
3. England – 142 pingat (37 emas)
4. Canada – 75 pingat (26 emas)
5. South Africa – 33 pingat (12 emas)
6. Kenya – 32 pingat (12 emas)
7. Malaysia – 36 pingat (12 emas)

1 pingat perak je lagi, Malaysia boleh dapat tempat ke-5 secara keseluruhan, mengatasi Kenya dan South Afrika. Tapi tak pe, Syabas atlit-atlit Malaysia. Teruskan kecemerlangan anda di Sukan Asia, Guangzhou pula nanti.

Malaysia Boleh!
Mari melompat lebih tinggi!

error: Content is protected !!