Hampir 2 bulan yang lalu, aku pernah dinasihatkan oleh seorang rakan blogger agar update blog setiap hari. Sebabnya, menurut beliau, jika kita tak update blog, semangat berblog akan menurun. Pada ketika itu, aku tak nafikan, aku memang ada pasang niat untuk berhenti berblog. Tapi atas sebab-sebab yang tertentu, aku teruskan juga berblog, cuma kekerapannya semakin berkurang. Kini, semakin hari, semakin aku merasakan apa yang dikatakan tu betul dan dah menjadi kenyataan pada diri ini. 
Bukan aku tak mahu update, tapi hati dan akal pemikiran aku  ni yang melarang aku dari berblog. Aktiviti berblog aku semakin berkurang dan entah mengapa, semakin hari aku rasakan semakin tak berseri dunia blog aku ni. Aku tahu dan sedar, ini adalah perkara normal dalam dunia blog. Bukan aku seorang je yang merasakan up and down dalam blogging ni. Ramai lagi di luar sana yang turut merasakan apa yang aku rasa sekarang ni. 
Entahlah, fokus aku sekarang ni, sejak awal menjelang Ramadhan, masih tidak berubah. Aku tak boleh berblog dengan senang hati andai fokus aku ke lain sebenarnya. Jadi, mulalah aku merasakan kehambaran dalam berblog. Namun, tiada juga dayaku untuk terlalu memaksa diri. Aku berblog untuk suka-suka, dan andai tatkala berblog aku merasa duka, aku tinggalkan blog ini untuk seketika. 
InsyaAllah, akan ku hidupkan kembali blog ini seperti 9 bulan sebelum ini, hanya selepas aku dapat apa yang aku inginkan. Saat ini, aku masih mendambakan sesuatu yang jauh terpendam di lubuk hati ini. Sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata, tapi itulah yang aku dambakan.    

Hati menangis hanya Dia yang tahu,

BACA JUGA :  HARI RAYA TAK PERLU UPDATE BLOG
error: Content is protected !!