Alhamdulillah, kini aku dah mula boleh menarik nafas lega. Akhirnya, hari ni aku berjaya apply biasiswa untuk menyambung pengajian. Walaupun hari ni tarikh tutup permohonan, tapi aku berjaya juga hantar permohonan di saat-saat terakhir ni.
Ramai yang bertanya pada aku, kenapa buat kerja last minute?. Kalau boleh, akaku pun tak nak buat semua benda last minute. Tapi keadaan aku sangat-sangat tak mengizinkan. Pelbagai halangan yang aku tempuhi. Dugaan sungguh. Apapun, Alhamdulillah, aku dah berjaya mengharunginya semua.
Penat tau, curi-curi masa ni. Dah macam pencuri pun ada, aku rasa. Macam peminta sedekah pun ada juga, aku rasa. Sebab nak siapkan semua permohonan ni, aku terpaksa buat muka seposen sana-sini. Adeh… Aku amat terharu dan bahagia dengan insan-insan disekeliling aku, yang support aku dalam usaha aku melanjutkan pelajaran ni.
Ada banyak individu yang terlibat dalam menghulurkan bantuan dan sokongan kepada aku. Ya, sepanjang 2 bulan lebih aku diduga ini, aku menyedari, ramai insan-insan yang menyayangi diriku ini. Semua mereka mahukan aku dapat yang terbaik untuk diriku dan masa hadapan aku. Ya, itulah juga yang aku mahu, dan aku sedang usahakan.
Tapi, segalanya belum berakhir, ini hanya sebahagian sahaja. Ada lagi proses yang perlu aku lalui. Kawan-kawan semua, dooakanlah aku ya, agar aku dapat biasiswa tu. Tanpa biasiswa, aku takkan lanjutkan pelajaran, walaupun surat tawaran sudah dikeluarkan. Surat tawaran itu, menanti jawapan dari aku….
Aku dah cuba sedaya upaya, semampu yang aku boleh. Dah sampai tahap maksimum aku usahakan. Sekarang, sementara menanti keputusan, aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Serahkan segalanya pada-Nya. Kalau aku tak dapat, mungkin bukan ini yang terbaik untuk ku. Mesti ada benda lain yang lebih baik untukku, dan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tapi, jikalau sudah rezekiku, ianya takkan ke mana dan aku akan dapat juga. Kun fayakun! Jadi, maka jadilah!.
Psst: Maaf, kalau ada yang rasa pening-pening lalat baca entri ni. Aku menaip sepantas yang boleh. Curi-curi berblog dalam tempoh 15 minit lunch hour ni. Kui3..
BUKAN SENANG NAK SENANG!

BACA JUGA :  RINDUKU PADAMU
error: Content is protected !!