Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, mengikut kajian Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas, sebanyak 2,100 atau 5.1 peratus graduan menganggur antara satu hingga tiga tahun; 4,800 (11.6 peratus) menganggur antara enam bulan hingga setahun, manakala 12,600 (30.4 peratus) menganggur untuk tempoh tiga hingga enam bulan. Hanya 1.8 peratus atau 700 graduan yang menganggur melebihi tempoh tiga tahun berbanding jumlah keseluruhan yang menganggur iaitu seramai 41,500 orang.
Menurut beliau, antara faktor yang utama mereka gagal mendapat pekerjaan ialah:
1. Kurangnya permintaan terhadap bidang pengajian yang diperoleh
2. Kurang kemahiran berkomunikasi serta kelemahan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris
3.Kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat pengambilan
4. Enggan berhijrah dari kampung halaman serta mengharapkan gaji yang tinggi
Sumber: Kosmo!
Psssttt: Dulu masa zaman aku bergelar siswi, memang selalu aku berfikir mengenai majikan yang nak ambil pekeja yang berpngalaman je. Kalau graduan tak diberi peluang untuk bekerja, macam mana nak dapat pengalaman?.

error: Content is protected !!