Kementerian Belia dan Sukan telah mengambi keputusan untuk menggugurkan acara memananah dari senarai Program ‘Road To London 2012’ di atas pesembahan yang kurang baik dalam Sukan SEA, Laos, Sukan Komanwel, New Delhi dan Sukan Asia, Guangzhou.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keputusan ini diambil kerana kegagalan skuad memanah membawa pulang sebarang pingat dalam Sukan Asia ke-16 di Guangzhou yang berakhir baru-baru ini. Datuk Shabery menyuarakan kekecewaannya terhadap skuad memanah yang telah tersenarai dalam Program ‘Road To London 2012’, tetapi gagal membawa pulang sebarang pingat di Sukan Asia, Guangzhou.
Ahmad Shabery mengatakan, kemungkinan besar acara menembak akan menggantikan acara memanah dalam Program ‘Road To London 2012’ ini, kerana menunjukkan peningkatan yang positif di Guangzhou, setelah Nur Suryani membawa pulang pingat gangsa melalui acara 10m air rifle wanita. Acara berbasikal, badminton dan terjun papan anjal turut tersenarai dalam Program ini.
Sumber: Bernama
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
owh
digugurkan kah?
wah,baru dapat tahu
P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus – Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?