Dah lama aku tak layan FB. Ada orang tag aku pun aku tak tahu. Mesej dari kawan pula, maunya dekat 2 minggu baru aku balas, padahal mesej aku tu dibalas oleh kawan aku 2 hari je. Ish…ish…
Paling terkini, tiba-tiba je baru aku perasan, coursemate aku dulu time zaman aku bergelar siswi, kini dah bergelar ibu. Padahal, bulan lepas aku tengok gambar dia di majlis perkahwinan coursemate aku, baby ni still lagi dalam rahim dia.

Huih! Comeynyer! Muka ada iras-iras ibu dia. Ibu dia sangat cantik orangnya. Baby ni pun nanti dah besar, InsyaAllah, akan cantik juga seperti ibunya. Kalau aku dapat dukung baby ni, aku cium-cium dia. Geram!

error: Content is protected !!