Chong Wei lawan Lin Dan peringkat akhir Sukan Asia 2010.

Set pertama:

Menyaksikan Lin Dan mendahului 5-2. Perlawanan sengit antara kedua-dua jaguh ini memang sangat mendebarkan. Kedudukan kini, Lin Dan terus meninggalkan Chong Wei di belakang, 10-6. Chong Wei terus ketinggalan, 9-16. Lin Dan suka psycho Chong Wei. Dah 2 kali dia mengangkat tangan tanda tak bersedia setelah Chong Wei melakukan servis. Taktik yang memang biasa digunakan Lin Dan setiap kali menentang Chong Wei. Kedudukan terkini, 19-12. Kemenangan 21-13 untuk Lin Dan. Chong Wei kurang mengasak Lin Dan pada set pertama ini. Come one Chong Wei!.

Set ke-2:

Chong Wei memperolehi mata yang pertama. Kini Chong Wei mendahului 7-4. Berhenti berehat pada mata 11-6. Lin Dan terus mengejar Chong Wei, 11-13. Lin Dan terus melakuan kesilapan, Chong Wei kekal di depan, 19-13. Sikit lagi…Chong Wei…seret Lin Dan ke set penentuan!. Yeah! Tuuu diaaa…Set penentuan, 21-15. Set penentuan pastinya mencemaskan.

Set ke-3:

Chong Wei ketinggalan jauh 1-6. Come on Chong Wei!. Jauh sangat dah ni. 1-11. Lin Dan jarang melakukan smash, tapi setiap smash yang dilakukan menghasilkan mata. 3-14. Raket Lin Dan putus. Chong Wei mula mengutip mata melalui kesilapan Lin Dan, 8-16. Akhirnya…Malaysia hanya berjaya meraih 1 lagi pingat perak melalui acara badminton. 21-10. Uhuhu…sedih…Uwaaa..


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!