Hari ini, Chong Wei turun ke gelanggang menentang Chen Jin (China) dengan pinggang yang sakit. Set pertama menyaksikan Chong Wei banyak mengutip mata dari sebelah kiri gelanggang. Namun, asakan demi asakan dari Chen Jin yang gemar membalas pukulan dengan laju menyebabkan Chong Wei sering gagal membalas pukulan selepas rally yang panjang. Chen Jin menamatkan set pertama dengan mengecewakan Chong Wei, 21-14.
Dalam set yang ke-2, Chen Jin kelihatan sangat agresif  Chomg Wei menerima asakan yang bertalu-talu dari Chen Jin sehingga menyebabkan kebanyakan pukulan balas dari Chong Wei terkeluar dari garisan dan seterusnya memberikan beberapa mata kepada Chen Jin. Set ke-2 juga menyaksikan beberapa asakan Chong Wei yang dapat dibalas Chen Jin tetapi tak lepas net. Hehe.. yang ni best, sebab Chong Wei banyak dapat mata dari sini sehingga akhirnya, Chong Wei dapat mengheret Chen Jin ke set penentuan dengan 21-15.
Set ke-3 menyaksikan Chong Wei jauh meninggalkan Chen Jin di belakang. Corak permainan Chong Wei yang konsisten sepanjang perlawanan set ke-3 ini berjaya memberikan tekanan kepada Chen Jin yang gagal membalas pukulan Chong Wei, sehingga akhirnya memberikan mata kemenangan kepada Chong Wei. Dengan ini, Chong Wei berjaya mara ke peringkat akhir dengan meninggalkan Chen Jin, 21-7.
Tahniah, Chong Wei. Cayalah!. Perlawanan esok, jam 8.30 malam bertemu Lin Dan pasti gempaq! Yeah!
p/s: Aku suka tengok Chong Wei beraksi. Walaupun mulutnya sentiasa tercopong, tapi cara dia main, cool je. Tak gopoh, tapi mampu memberikan tekanan kepada pihak lawan.


Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  TIKET RM50 FINAL PERTAMA AFF SUZUKI 2010 HABIS DIJUAL - STADIUM BUKIT JALIL
error: Content is protected !!