Lagi berita mengenai bayi meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh terpampang di dada akhbar. Di Kuala Lumpur, seoran bayi lelaki berusia tujuh bulan mati dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Taman Melati.
Bayi itu Yusuf Razzin Mohd. Yusri dibawa ke hospital oleh ibu bapanya setelah dimaklumkan mengenai keadaannya oleh pengasuhnya. Ketika tiba di wad kecemasan HKL, difahamkan kanak-kanak itu sudah tidak bernafas dan badannya menjadi kebiruan.
Kematian bayi itu menimbulkan keraguan dan sehubungan itu satu laporan polis dibuat oleh pihak HKL kira-kira 3 petang tadi di pondok polis hospital tersebut. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kematian itu mempunyai kaitan dengan unsur jenayah atau tidak.
Sumber: Kosmo!.

Pssttt: Lepas satu satu kes bayi meninggal ketika dijaga pengasuh. Sejauh mana kita boleh percaya terhadap pengasuh?. Adakah anak-anak yang dihantar, dijaga dengan rapi dan baik?. Pada zaman yang serba-serbi pun duit ni, perlukah ibu-ibu berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah?. Apa pendapat anda?

error: Content is protected !!