MADRID: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun melahirkan bayi di Jerez de la Frontera, selatan Sepanyol, kata seorang pemimpin tempatan, semalam. Menteri Hal Ehwal Sosial Andalusia, Micaela Navarro, berkata pihak berkuasa kini mengkaji sama ada budak itu dan keluarganya layak menjaga bayi berkenan.
“Bapa kepada bayi itu juga seorang budak. Setakat ini pihak berkuasa tidak menganggap kes ini sebagai rogol dan tiada sebarang siasatan jenayah dijalankan” katanya. Bagaimanapun, Navarro enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu, termasuk jantina bayi terbabit.
Sementara itu, media melaporkan, budak perempuan itu berasal dari Romania dan ketika tiba di Sepanyol, dia memang hamil.Tidak pula dinyatakan bila budak itu dan keluarganya tiba di Sepanyol.

Sumber: myMetro

Psssttt: Macam-macam. Budak-budak pun dah pandai.

BACA JUGA :  APA ADA DALAM SBPA? INTIPATI PELAKSANAAN SBPA PERKHIDMATAN AWAM
error: Content is protected !!