Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

 

1. Kenalpasti faktor penyebab

 

Anda harus megenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?. Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit.

 

2. Berfikirlah

 

Fikirlah sedalam-dalamnya tentang apa yang anda lakukan terhadap pasangan anda. Adakah betul apa yang anda lakukan terhadapnya selama ini?. Selalulah berfikiran positif dan berpandangan jauh.

 

3. Bina keyakinan diri

 

Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu  buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan. Oleh itu, anda perlu membina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada diri sendiri dan yakinlah bahawa anda punya keistimewaan yang tersendiri di mata pasanan anda.

 

4. Beri markah pada tahap cemburu

 

Setiap kali anda rasa cemburu, ambil kertas dan tulislah rasa cemburu anda. Kemudian, berilah markah kepada tahap cemburu anda. Tanya pada diri anda sendiri, mengapakah anda bersikap sedemikian dan berilah markah sekali lagi.

 

Perasaan cemburu buta boleh meretakkan hubungan baik anda dengan pasangan dan juga boleh mengundang kepada perpisahan andai cemburu buta tidak dikawal. Jadi, kawallah perasaan dan rasa cemburu anda agar hubungan anda dan pasangan berkekalan dan aman bahagia.

 

pssstt: Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t. (Jika tak mahu sayang melayang, sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta). =)

BACA JUGA :  SEBAB-SEBAB BERGADUH DI TEMPAT KERJA
error: Content is protected !!