Sebenarnya, bulan November ni dimulakan dengan berita gembira untuk aku dalam dunia blog kerana awal bulan ni, aku dah melepasi nilai minimum untuk membolehkan cash out earning Nuffnang, setelah 1 buffered gugur menjadi metered.
Earning aku agak perlahan untuk berganjak kerana sejak raya Aidilfitri lalu, aku kurang mendapat iklan kempen. Ini menyebabkan duit tabung Nuffnang aku tak berganjak selama sebulan. Dush!. Sangat-sangat terasa. Walaupun earning buffered bertambah setiap hari, tapi nak lah juga tengok nilai tabungan kat dashboad tu bertambah, walau 50 sen seminggu pun, aku tetap suka. Bagi aku, eloklah ada walaupun sedikit, daripada takde langsung.
Walaupun dah 5 bulan berNuffnang baru dapat cash out, tak seperti kebanyakan blogger lain yang masyuk, dapat cash out tiap-tiap bulan, dan ada juga yang dah boleh cash out walaupun baru 2 atau 3 bulan bernuffnang, tapi aku tetap bersyukur dan suka kerana blog trafik siput ni (nak capai 100 UV sehari pun susah), masih mampu memberikan aku RM. Walaupun mengambil masa yang lama, tapi macam tak terasa lama juga. Inilah yang dikatakan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dari earning pertaman aku dapat bernilai 75 sen, sehingga kini melebihi RM60. Nilai sebenar aku rasa tak perlulah aku nyatakan di sini.
Sebenarnya, dah 2 minggu ni, aku dok fikir, nak cash out ke tak?. Kadang-kadang aku rasa nak kumpul lagi, dah cecah 3 angka baru cash out. Tapi kadang-kadang aku rasa macam nak cash out pula. Sebab kalau aku tekan button cash out hujung bulan ni, awal tahun depan baru aku boleh dapat cek tu. Erm…dalam dilema la pula. Huhu..
Nak cash out ke tak? Apa pendapat anda?.

error: Content is protected !!