´╗┐

Malaysia lawan China pada perlawan terakhir peringkat kumpulan A, bermula jam 7.30 malam.

Separuh masa pertama:

Malaysia menjaringkan gol pertama seawal perlawanan pada 1 minit 30 saat melalui pukulan sudut penalti. Tapi Malaysia tak selesa lama dengan 1 gol apabila Korea menjaringkan gol  pertama pada minit ke 14 melalui jaringan Liu Xixian. Faizal Saari membuat pusingan badan yang cantik di hadapan gawang China pada minit yang ke-17 dan membuat pukulan yang cantik untuk gol ke-2 Malaysia. China sakan menyerang Malaysia. Malaysia perlu kawal permainan. Akhirnya, separuh masa tamat dengan Malaysia mendahului China, 2-1.

Separuh masa kedua:

China menyamakan kedudukan 2-2 seawal minit pertama permainan melaluin jaringan Na Yubo. Malaysia berjaya mendapat pukulan sudut penalti yang ke-3. Azlan menggalas tugas membuat pukulan sudut ini, Hafifi menyambut bola dan memukul bola ke gawang lawan. Gol ke-3 berjaya dihasilkan.  2 kali percubaan China untuk menjaringkan gol gagal. Namun, cubaan ke-3 China menghasilkan pukulan sudut penalti. Malaysia berjaya selamatkan gawang gol. Pemain China sungguh pantas. Azlan Misbun berjaya mengjaringkan gol ke-4 untuk Malaysia. Akhirnya, Malaysia berjaya ke peringkat separuh akhir dan akan menentang India, Selasa nanti.

Tahniah kepada skuad hoki negara kerana berjaya menewaskan China, 4-2.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!