Hoki di peringkat separuh akhir, Malaysia vs India. Perlawanan bermula jam 5.30 petang tadi. Kedudukan terikat 3-3. Kini sedang menunggu masa tambahan.

Yeah…tuuuudiaaaa…Alhamdulillah, Malaysia layak ke final, dengan menumpaskan skuad gergasi hoki ini dengan kemenangan 4-3. Muhammad Amin berjaya menjaringkan gol keemasan kepada Malaysia pada 5 minit tambahan dan seterusya memberikan kemenangan yang penuh bererti kepada Malaysia kerana inilah kali pertama Malaysia berjaya ke peringkat akhir sejak tahun 1958 dalam sejarah Sukan Asia.

Perlawanan dimulakan dengan langkah berjaga-jaga dari kedua-dua pasukan. Namun, jaringan gol pertama oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil pada minit ke-32 merubah rentak permainan. India menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir separuh masa pertama melalui pukulan sudut penalti.

2 minit selepas berehat, India mendahului Malaysia melalui jaringan gol Khandker Tushar. Namun, 12 minit kemudian, Azlan Misron menjaringkan gol penyamaan. Pada minit ke-54, sekali lagi India meninggalkan Malaysia melalui pukulan sudut penalti. Ketika masa perlawanan tinggal 3 minit sahaja, Muhammad Amin membuat pukulan sudut penalti yang sangat cantik menyebabkan kedudukan seri 3-sama dan seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kemenangan ini menyebabkan pemain hoki kita menangis dan bertafakur. Sultan Perak dan Tengku Mahkota Pahang turun padang mengucapkan Tahniah! kepada semua pemain.

Lusa, pastinya Malaysia akan menentang Pakistan habis-habisan. Go! Go! Malaysia!. Sama-samalah kita mendoakan skuad hoki negara kita agar semangat mereka kental ketika menentang Pakistan nanti. Jika seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan mereka, InsyaAllah, doa kita akan dimakbulkan.

Kepada skuad hoki negara, sejuta SYABAS, Sya Isya ucapkan. Girangnya hati ini. Lalalalaa..


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!