Nama: Justin Bieber 
Tarikh lahir: 1 March 1994
Tempat lahir: London, Ontario
Dibesarkan di: Strartford, Kanada
Nama ibu:  Pattie Mallette
Nama bapa: Jeremy Bieber
Genre muzik: Pop dan R&B.



Latar belakang

Justin dibesarkan oleh ibunya, namun masih berhubung dengan bapanya yang telah berkahwin dengan wanita lain dan mempunyai 2 orang anak.  Bieber pandai bermain trompet, piano, gitar dan drum yang dipelajarinya sendiri sejak kecil. 

Ketika usianya 12 tahun, Bieber mendapat tempat kedua pada pertandingan menyanyi di Stratford dengan menyanyikan lagu So Sick, dendangan Ne-Yo. Mallette memuatkan video nyanyian Justin ini di Youtube untuk tatapan rakan-rakan dan keluarganya. Populariti Bieber di youtube terus meningkat setelah ibunya memuat naik beberapa lagi rakaman video nyanyian Bieber.

Bermulanya karier sebagai penyanyi


Suatu hari, Scooter Braun, seorang eksekutif pemasaran So So Def, terklik video nyanyian Bieber di Youtube dan terus terpikat dengan bakat dan nyanyian Justin dan terus menjejakinya. Setelah berjaya menghubungi ibunya, akhirnya Mallette setuju membenarkan Scooter membawa Justin ke Atlanta, Georgia untuk merakam demo tape. 

Seminggu kemudian, Bieber menyanyi untuk Usher dan menandatangani kontrak dengan Raymond Braun Media Group (RBMG) – usahasama antara Braun and Usher. Seminggu kemudian, Usher mengadakan uji bakat dengan Antonio L.A. Reid dari Island Def Jam Music Group yang kemudiannya mengambil Justin sebagai penyanyinya, pada Oktober 2008.

Bieber dan ibunya kini menetap di Atlanta bagi memantapkan karier Justin.

psssttt: Memang banyak bakat baru yang dapat digilap dari Youtube. Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai bakat terpendam dalam seni suara, pakat-pakat lah upload video nyanyian anda di youtube. Untung-untung ada prosedur terbekenan, dapatlah rakam album, kan. Siapa tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah anda nampak di youtube. =D 


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!