Pertemuan Malaysia dan Indonesia (Kido-Setiawan) menyaksikan permainan yang rancak. Pada set pertama, ketika mata terikat 14 sama, satu rally yang panjang dan menarik disajikan, namun kegembiraan diberikan kepada rakyat Malaysia kerana berjaya memperolehi mata ke-15. Tetapi, pasangan Indonesia tidak berdiam diri dan sentiasa mengejar rapat Malaysia. Mata kemenangan kepada Malaysia dengan 2 kali berturut-turut pasukan Indonesia membuat kesilapan dengan memberikan shuttle keluar garisan gelanggang. Malaysia menang set pertama, 21-16.
Set ke-2 menyaksikan pasangan Indonesia menggelabah menerima asakan Kien Kiat dan Boon Heong sehingga menyebabkan beberapa kali shuttle sangkut di jaring dan memberikan beberapa mata kepada Malaysia. Mata ke-15 dan ke-16 diberikan kepada Malaysia dengan shuttle keluar garisan berturut-turut. Di hujung-hujung perlawanan menyaksikan aksi yang sangat menyeksakan kerana kedudukan mata sentiasa main kejar-kejar sehingga kedudukan 20-20.  Mata terus berkejaran 21-21, 22-22, sehingga Sukido menghempaskan raket apabila Malaysia mendapat mata ke 22. Kedudukan 23-23. Malaysia mendahului 24-23. Indonesia kejar, 24-24. Akhirnya, Indonesia mengheret Malaysia ke set penentuan, 26-24.

Set ke-3, pada awalnya, Malaysia ketinggalan 4-9. Kemudian, Indonesia terus di depan dengan 11-7. Arghhh..aku tertekan tengok game ni. Malaysia terus ketinggalan, 9-15. Come on Malaysia!. Perlawanan terus berlangsung. Kini, Malaysia dapat merapatkan jurang, 13-15.  Memang tak senang duduk aku menonton game ni. Buat pertama kalinya Malaysia di depan, 17-16. Kini 19-19. Mata terakhir untuk Indonesia. Arrrgggghhhhhhhh!!!!!! Uwaaaa…..Nangisss…..adoyai.. keputusan rasmi, Indonesia merangkul emas dengan menewaskan Malaysia 21-19.

Huh! Tension aku. Petang tadi takraw pun perak. Huhu. Berjayakah akhirnya Malaysia mencapai target 9 emas?.

Harapan kepada Chong Wei, Azlan Iskandar dan Nicol David untuk kilauan emas, esok.

Huuu..aku penat! Penat bermain dengan emosi cemas. Frust!. Tapi Koo dan Tan  juga dah buat yang terbaik. Pujian harus diberikan juga pasangan regu ini kerana dah cuba sedaya upaya mendapatkan mata. So, redha je lah.

Jom tengok antara aksi mantap mereka:


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!