Satu perlawanan yang menarik antara pasangan beregu Malaysia, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong menentang pasangan beregu Indonesia Ahsan dengan Chandra. Sepanjang perlawanan, Indonesia banyak mengasak Malaysia dengan mengadakan rally yang panjang. 

Pada game pertama, Malaysia menewaskan pasangan Indonesia (21-19) dalam tempoh 12 minit sahaja. Game ke-2 menyaksikan beberapa rally yang lebih panjang. Namun, pasangan regu Malaysia dapat bertahan dan tidak banyak melakukan kesilapan. Akhirnya, pasangan Malaysia bejaya menempah tiket ke peringkat akhir, setelah mengecewakan pasangan Indonesia 21-16. Masa yang diambil oleh Kien Kiat dan Boon Heong untuk mengecewakan Ahsan dan Chandra hanyalah 30 minit sahaja.
Tahniah! Kien Kiat dan Boon Heong. Cayalah! Kemenangan mereka ini akan menjadi penyuntik semangat kepada Dato’ Lee Chong Wei yang akan bertemu Chen Ji esok.
Yeah! Malaysia boleh!


Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!