Baru sahaja tadi berakhir perlawanan badminton peringkat suku akhir untuk beregu lelaki, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong bertemu pasangan Jepun, Hashimoto dan Hirata. Persaingan sengit ini membawa kepada set ke-3 di mana, akhirnya pasangan beregu Malaysia berjaya menewaskan Jepun, 2-1 (21-19, 13-21, 21-18).
Walaupun pada game ke-2, pasangan beregu Malaysia menunjukkan corak permainan yang agak longgar, namun, mereka kembali bersemangat pada game yang ke-3. Apabila dah nak menang tu, memang nampak lah yang mereka ni nak habiskan game tu cepat. Nasib baik Jepun tak dapat kejar. 
Apapun, tentangan dari Jepun memang hebat. Tapi, Malaysia lagi hebat lah kan, kalau tak, takkan boleh menang..hehe..
Esok malam, pasangan ini akan menentang pasangan Indonesia (Chandra dan Ahsan) yang telah menewaskan pasangan China. Lee Chong Wei pula mara ke peringkat suku akhir esok, menentang Boonsak Ponsana dari Thailand setelah berjaya   menewaskan Chan Yau Kit, Hong Kong (17-21, 21-9, 21-6).
Hari ini, Roslin Hashim tewas di tangan Park Sunghwan, Korea (18-21, 16-21), manakala ratu badminton negara, Wong Meng Choo, gagal mara ke separuh akhir setelah ditewaskan Hirose Eriko, Jepun (20-22, 11-21).

Go! Go! Go! Malaysia. Majulah sukan untuk negara.

BACA JUGA :  KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2011 (19 APRIL)
error: Content is protected !!