Berdebar pula nak menunggu keputusan perlawanan bola sepak Sukan Asia Malaysia bertemu China malam nanti. Malaysia hanya perlu sekurang-kurangnya seri untuk mara ke peringkat ke-2.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal mahu semua pemain mempamerkan persembahan terbaik dan meminta agar pemain mengambil kesempatan di atas kelemahan China dan berhati-hati juga dengan kekuatan yang dimiliki China. Pemain perlu cepat menyerap tekanan kerana China beraksi di depan penyokong sendiri dan mereka juga perlukan kemenangan dan pasti China akan bermain habis-habisan.
Perlawanan penting malam ini akan menentukan nasib skuad Malaysia pada temasya Sukan Asia setelah 32 tahun menyertai acara sukan ini. Seandainya menang atau seri, Malaysia akan layak ke pusingan kedua selaku naib juara kumpulan A dan berkemungkinan bertemu Korea Selatan atau Korea Utara pada Isnin ini.
Namun jika skuad tewas kepada China, skuad negara perlu berdoa agar Palestin dan Jordan tewas kepada Korea Selatan dan Korea Utara pada aksi terakhir Kumpulan C malam ini, bagi membolehkan Malaysia layak selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dari kalangan enam kumpulan kerana kelmarin, Maldives selaku pasukan tempat ketiga Kumpulan F, telah tersingkir apabila hanya mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan.
Jika Malaysia layak menerusi slot ini, pihak lawan pada pusingan kedua Isnin ini berkemungkinan besar adalah Iran.
Psstt: Harap-harap Malaysia menang malam ni. Jom pakat ramai-ramai doakan untuk kemenangan skuad Malaysia. Rasa teruja pula jika Malaysia menang dan dapat melangkah ke peringkat ke-2 buat pertama kalinya setelah 32 tahun penantian.

Update terkini: Keputusan rasmi Malaysia lawan China & kedudukan terkini skuad bola sepak negara + video pemain Malaysia dapat kad merah 

BACA JUGA :  KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS TAIWAN 3 JULAI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014
error: Content is protected !!