Huhu..sedihnya, Malaysia tewas 2-0. Walaupun mereka kalah, tetapi ini tetap menjadi sejarah kepada skuad hoki negara kita kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir di Sukan Asia. Pingat perak ini merupakan pencapaian terbaik skuad hoki negara sepanjang penyertaan Malaysia di Sukan Asia sejak tahun 1958. Kali terakhir skuad hoki negara memenangi pingat perak di Sukan Asia 2002 di Busan. Pada Sukan Asia yang lalu, Malaysia hanya menduduki tempat ke-6, di Doha, Qatar.

Sejak awal perlawanan, Pakistan lebih banyak mengawal perlawanan. Selepas gagal dalam beberapa percubaan, akhirnya Pakistan menjaringkan gol pertama melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-24 separuh masa pertama.

3 minit sebelum memasuki separuh masa ke-2, Pakistan menambah 1 lagi gol melalui lantunan semula bola yang telah diselamatkan oleh S.Kumar.

Malaysia sebenarnya berpeluang untuk mendapatkan 3 gol pada separuh masa ke-2 melalui 3 pukulan sudut penalti, namun ketiga-tiga peluang ini tidak berjaya menghasilkan gol. Pasukan Malaysia kelihatan sedikit tertekan dalam perlawanan ini sehingga menyebabkan mereka melakukan beberapa kesilapan.  

Apapun, Tahniah! kepada skuad hoki negara kerana telah mencuba yang terbaik. Pakistan sememangnya 1 pasukan yang gah dalam sukan hoki.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!