Malaysia bertemu Thailand sekali lagi di peringkat akhir di gelanggang sepak takraw di Guangzhou, tetapi kali ini untuk acara beregu. Pada acara berpasukan Sabtu lalu, skuad Malaysia terpaksa tunduk dengan Thailand setelah ditewaskan 2-0. Hari ini, sekali lagi Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Thailand, dikecewakan 2-0.
Sebelum ini, pasangan regu kita ini telah menewaskan Myanmar dan China, masing-masing 2-0.
p/s: Sepak takraw kumpul perak lagi. Takpelah, mereka dah cuba yang terbaik, kan. Tak dapat dinafikan, Thailand memang gergasi sepak takraw. Tahniah! diucapkan kepada Futra, Farhan, Normanizam, Noor Azman dan Norshahruddin. 


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!