Petang tadi, Malaysia vs Pakistan dalam perlawanan akhir acara squash lelaki berkumpulan. Rata-rata rakyat Malaysia mengharapkan kilauan pingat emas ke-10 dalam acara squash lelaki berkumpulan ini setelah skuad squash wanita kita berjaya meraih pingat emas pagi tadi setelah menewaskan pasukan Hong Kong, 2-0.
Namun, ketika Malaysia hampir menyapu bersih kesemua 4 emas yang ditawarkan di gelanggang skuasy ini, skuad lelaki Pakistan telah memadamkan impian indah seluruh rakyat Malaysia. Mereka berjaya mengecewakan kita dengan menumpaskan pasukan skuasy lelaki berkumpulan negara, 2-0.

Farhan Mehboob menewaskan Ong Beng Hee 11-4, 11-4, 11-7, manakala Aamir Atlas Khan menumpaskan Azlan Iskandar 14-12, 15-13, 11-4 pada perlawanan ke-2, dan seterusnya memenangi pingat emas.

Ong Beng Hee mengalami keracuanan makanan beberapa hari lalu menyebabkan dia tidak dapat turun ke gelanggang ketika Malaysia menentang India (peringkat kumpulan) dan Hong Kong (separuh akhir).

Uhuhu…sedihnya… Takpe, majulah sukan untuk Malaysia!. Atlit kita tetap hebat!.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!