Aksi Nurshahrul ketika menentang Jepun, semalam
Walaupun skuad bola sepak Malaysia tewas 2-0 di tangan pasukan Jepun semalam, peluang pasukan untuk melangkah ke pusingan kedua masih belum tertutup .
Malaysia kini memperoleh 3 mata, begitu juga dengan China. Andai seri atau menang pada aksi terakhir menentang China, Sabtu nanti, peluang untuk mara adalah lebih terbuka kerana skuad bimbingan K. Rajagobal ini telah memenangi 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Isnin lalu.
Kedudukan mata terkini Bola Sepak Kumpulan A, Sukan Asia ke 16, Guangzhou, 2010:
Jepun – 6 mata
Malaysia – 3 mata
China – 3 mata
Kyrgyzstan – 0 mata
Pasukan Malaysia menduduki ranking ke 27 Asia.
Sabtu nanti, Malaysia akan menentang China di Stadium Tainhe jam 7 malam, manakala Jepun bertemu Kyrgyzstan di Stadium Huadu pada masa yang sama.
Keputusan penuh Bola Sepak Sukan Asia 2010, Kumpulan A:
Malaysia vs Kyrgyzstan => 2:1
China vs Jepun => 0:3
Malaysia vs Jepun => 0:2
China vs Kyrgyzstan => 2:1
Malaysia kene seri je..dah cukup dah kalau nak masuk..ayuh MALAYSIA>>>
NK TNYE SIKIT NK LETAK HOME ,ABOUT,CONTCT TU MCM NE????
@Faiz: Memang seri je dah cukup, tapi kalau menang kan lagi happy. Go Go Malaysia!
@Chegu abbas: Gi je kat dashboard > posting > edit page
leh x terang dengan lebih lanjut lagi…
ceh..pengadil rasuah..X CUKP NGAN KENAKAN TEAM CYCLE KITA team bola pun nak bantai..
@Chegu abbas: Kena add page dulu. Klik add widget kat dashboar.
@Anonym: Tu lah pasal. Adeh…sian Malaysia.