Pemain Malaysia meraikan gol ke-2

>> Klik link ini untuk Keputusan Hoki Malaysia vs Korea Kelayakan Olimpik 2012 <<

Menonton pertemuan skuad hoki lelaki negara dengan pasukan Korea Selatan pada peringkat kelayakan kumpulan A membuatkan aku terjerit beberapa kali sepanjang perlawanan dek kerana banyak babak-babak yang mencemaskan. Pada asalnya, Malaysia telah membenam pasukan ranking kelima dunia itu apabila mendahului 2-1 pada babak kedua, tetapi, Korea dapat menyamakan kedudukan, 2-2 pada 5 minit yang terakhir, hasil jaringan Seo Jong-ho.

Pemain Korea, Hyun Hye-sung menjaringkan gol pertama pada minit kesembilan. Kemudian, pada minit ke-23, Mohd. Azlan Misron menyamakan kedudukan menerusi gol padang. Penyerang muda, Hafifi- hafiz Hanafi memberi harapan kemenangan kepada Malaysia apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke- 48.

Sultan Azlan Shah turut memberikan sokongan kepada skuad hoki negara pada perlawanan ini. 10 bintang aku berikan kepada penjaga gol Malaysia, S. Kumar kerana berjaya menyelamatkan gawang gol dari asakan Korea Selatan pada minit-minit yang terakhir walaupun mengalami kecederaan.
Pada perlawanan pertama menentang Singapura, Malaysia berjaya menewaskan Singapore 3-0.
Sehingga jam 7 malam ini, Malaysia menduduki tangga ke-10 dengan tiada penambahan pingat pada hari ini. 

BACA JUGA :  JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA VS BAHRAIN KELAYAKAN OLIMPIK 2012
error: Content is protected !!