Linda meraikan kemenangan
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya, Datin Linda Tsen memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan majoriti 6,359 undi selepas meraih 9,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperoleh 2,919 undi, sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendapat 1,750 undi.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan pilihan raya Batu Sapi juga adalah justifikasi kepada penolakan rakyat terhadap pelbagai isu yang ditimbulkan pembangkang ketika berkempen termasuk isu ‘Sabah For Sabahan’ dan autonomi Sabahjelas ditolak rakyat Sabah.
Sementara itu, calon BN, Abdul Aziz memenangi pilihan raya kecil DUN Galas menewaskan calon PAS.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kedua-dua kemenangan besar ini satu pengiktirafan terhadap segala yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri kita. Kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas juga menunjukkan trend perubahan ketara sokongan rakyat kepada BN apabila keputusan-keputusan peti undi menunjukkan bahawa BN bukan sahaja mendapat sokongan kuat daripada bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi juga sokongan ketara daripada pengundi Cina dan lain-lain.

Sumber asal: myMetro

error: Content is protected !!