Aksi Futra dalam pertemuan dengan Korea Selatan, semalam
Pertembungan antara skuad negara dengan Thailand untuk merebut pingat emas kini sudah tamat. Trio pertama negara, Futra-Normanizam-Ariff berentap menentang trio Thailand (Pattarapon-Anuwat-Kriangkrai).
Pada set pertama, Thailand telah mengecewakan pasukan kita dengan 21-16. Pada set ke-2, tekanan demi tekanan diberikan kepada pemain negara kita, kerana pihak lawan sudah mula asyik menghantar bola kepada Ariff, kerana sudah banyak kali Ariff tak dapat menyambut bola sejak dari set pertama. Ketika kedudukan Thailand mendahului 19-7, Malaysia melakukan penukaran pemain, dengan mengeluarkan Ariff dari permainan dan digantikan dengan Hafizie. Namun, Thailand terus memecut meninggalkan Malaysia dan akhirnya menamatkan permainan dengan 21-10. Trio pertama Malaysia telah tewas ditangan Thailand.
Pertemuan beregu ke-2 negara (Noor Azman-Norshahruddin-Farhan) bertemu beregu ke-2 Thailand (Siriwat-Pornchai-Suriyan) menyaksikan beberapa libasan cantik yang dilakukan oleh Norshahruddin. Pada set pertama, Thailand mendapat mata ke-9 kerana berlaku perebutan antara Farhan dan Noor Azman untuk menyambut bola. Kehebatan servis Siriwat menyebabkan trio Malaysia banyak kali tidak dapat menyambut bola. Akhirnya, set pertama berakhir dengan Malaysia sekali lagi ditewaskan Thailand dengan 21-15.

Aku suka melihat aksi dan tentangan kencang yang dilakukan oleh trio ke-2 negara ini pada set yang ke-2. Nampak mereka sangat bersemangat mengejar pasukan lawan . Dalam set ini, beberapa kali servis yang dilakukan oleh Siriwat tak menjadi akibat tersangkut di jaring. Servis dan blocking yang dilakukan oleh Azman dan Nor Shahruddin berjaya mengikat mata 16-16. Namun, sinar kilauan emas semakin pudar apabila Thailand menambah mata demi mata dan akhirnya, Malaysia hanya mampu mengenggam perak apabila hantaran dari tekong Thailand tidak dapat disambut oleh Azman. Akhirnya, mata kilauan emas diperolehi Thailand dengan menewaskan Malaysia, 21-17.

Punah sudah harapan Malaysia untuk mengakhiri kemarau selama 16 tahun dengan kilauan emas. Huhu…sedih…Malaysia dapat perak jer… 
p/s: Aku lebih suka tengok persembahan regu ke-2 beraksi pada perlawanan akhir ini, berbanding beregu pertama.


Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  CARTA TERKINI LIGA SUPER 2011: 30 APRIL
error: Content is protected !!