Perlawanan akhir skuasy Sukan Asia 2010, Azlan Iskandar lawan Aamir Atlas Khan dari Pakistan. Set pertama, walaupun agak sukar untuk mendapat walau 1 mata, namun Azlan berjaya mengecewakan Aamir, dengan memenangi set pertama, 11-6.
Set ke-2 menyaksikan Azlan jauh meninggalkan Aamir, dan mengakhiri set ini dengan kemenangan, 11-7.
Set ke-3, Aamir mendahului 4-3. Azlan sedang mencari kemenangan mutlak, 3-0 untuk pingat emas. Sepanjang perlawanan, kedua-dua pemain menunjukkan corak permainan yang berhati-hati. Saat Azlan ingin mendapatkan mata terakhir untuk emas, Aamir tidak mahu mengalah, menentang habis-habisan dalam rally yang panjang. Namun, Azlan telah menunjukkan permainan yang kemas dan mengakhiri perlawanan ini, 11-6 dan seterusnya mengenggam emas ke-5 Malaysia.

Tahniah, Azlan!. Terbaiklah!.

p/s: Malam ni tunggu emas dari Chong Wei pula. Go! Go! Go!. Dato’ Lee Chong Wei. Malaysia boleh!


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  VIDEO GOL SEPAKAN PENALTI KELANTAN VS KEDAH: FINAL PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
error: Content is protected !!