Letusan Gunung Merapi di Jakarta tengah malam semalam adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi itu.
Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.
320 orang pelajar Malaysia di Yogyakarta telah dipindahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke penempatan sementara di Solo petang semalam berikutan letusan tersebut. Mereka yang merupakan sebahagian daripada 500 pelajar dari Universitas Gadjah Mada, Institusi Seni Indonesia dan Politeknik Seni Yogyakarta telah dipindahkan pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) menggunakan 10 buah bas.
Sumber asal: myMetro
Pssttt: Mesti ibu bapa yang anaknya belajar di Indonesia risaukan keselamatan anak-anak mereka di sana. Moga semua warga Malaysia di sana terselamat.
 

error: Content is protected !!