Pejam celik, pejam celik, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kini, bulan Zulhijjah telah menjelma. Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir mengikut kalendar Islam. Sekejap jer kan, dah masuk hujung tahun. Bulan Zulhijjah terkenal dengan ibadah haji dan korban.
Apakah maksud Zulhijjah?

 
Zulhijjah bermaksud “yang mempunyai haji”. Dinamakan demikian kerana pada bulan inilah umat manusia dari semenjak zaman NAbi Adam a.s. melakukan ibadah haji sampai sekarang. Ketika Adam mengerjakan ibadah haji, Jibril pernah berkata kepadanya “7000 tahun sebelum kamu melakukan ibadah haji ini, malaikat sudah tawaf mengelilingi kaabah.

Petikan: Rahsia dan Amalan Bulan Islam

Bicara hatiku: Bilalah agaknya aku boleh melakukan ibadah haji.. Teringin sangat nak ke sana.

error: Content is protected !!