Malaysia mampu mencapai target 9 emas di Sukan Asia 2010, Guangzhou. Ini pendapat peribadi aku. Kenapa aku cakap begini?. Kerana berdasarkan performance mantap yang ditunjukkan oleh atlit-atlit kita di Guangzhou kini.
Walaupun kita kecewa kerana tidak menggenggam 3 butir emas harapan dari acara badminton dan sepak takraw, namun, masih terdapat lagi lubuk emas dalam acara lain untuk kita gapai. Berdasarkan pencapaian cemerlang skuad skuasy kita, di mana kedua-dua skuad lelaki dan wanita berjaya ke peringkat separuh akhir setelah membelasah teruk pasukan lawan masng-masing.
Maka, dengan ini, aku target dan juga percaya, bahawa rakyat Malaysia yakin skuad skuasy kita akan menyumbangkan 2 lagi pingat emas kepada negara. Sekarang, 6 pingat sudah digenggam, 2 lagi bakal menanti di gelanggang skuasy. Baru 8, Mana lagi 1 pingat kita nak cekau?.  
Haaa…hoki?


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA SUZUKI AFF 2010 INDONESIA: RAJAGOPAL TAK TARUH HARAPAN TINGGI
error: Content is protected !!