Pelumba basikal Malaysia, acara jalan raya, Mariana Mohamad telah selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Guang Dong setelah mengalami kemalangan semalam, ketika acara wanita perseorangan 36.5km percubaan masa, apabila basikalnya tergelincir dan seterusnya melanggar divider jalan raya.
Tulang belikat Mariana patah. Selain itu, Mariana mengalami kecederaan di gusi, mulut dan beberapa batang gigi beliau turut patah. Mariana perlu berehat sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum boleh kembali menjalani latihan dan meneruskan kariernya sebagai pelumba basikal negara.
Takziah kepada Mariana dan keluarga. Semoga Mariana cepat sembuh.
Sumber: Bernama dan Astro Arena


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!