AMPANG: Seorang wanita warga asing yang ditemui dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, di Hulu Klang, Khamis lalu dipercayai bekerja sebagai pembantu rumah.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 20-an itu bekerja sebagai pembantu rumah sebelum melarikan diri dari rumah majikannya.
“Sehingga hari ini (semalam), hanya lima keluarga sudah membuat pengecaman ke atas mayat wanita terbabit di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), namun, kelima-lima ahli keluarga itu mengesahkan mayat berkenaan bukan ahli keluarga mereka.

Polis berharap majikan yang kehilangan pembantu rumah tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Sumber: MyMetro

Psssttt: Kesian..takde orang datang tuntut.

BACA JUGA :  TARIKH PRU 13 DAH DIUMUMKAN 5 MEI HARI MENGUNDI
error: Content is protected !!