Di Putrajaya, Datuk Seri Najib Razak kembali bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi ini selepas sembuh sepenuhnya daripada serangan cacar dan sakit ulser. Beliau disambut dengan tepukan oleh menteri Kabinet yang terlebih awal menunggu.
Perdana Menteri yang tiba di pejabatnya pada 9.20 pagi, kelihatan tersenyum dan menyapa petugasnya sebelum memasuki Bilik Mesyuarat 10 minit kemudian.
Akhir bulan lalu, Najib diserang cacar dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 28 Oktober akibat ulser serta gastritis ringan dan dibenarkan pulang pada Ahad dan dinasihatkan berehat.

Sumber: Berita Harian

BACA JUGA :  TARIKH TERIMA OPSYEN SBPA DILANJUTKAN KE 15 JANUARI, OPSYEN PERSARAAN 60 TAHUN KEKAL 30 DISEMBER
error: Content is protected !!