Azizulhasni dan Joshia Ng
Pelumba basikal negara, Azizulhasni berjaya menyumbangkan pingat emas ke-2 kepada Malasyia dalam acara Keirin sekitar jam 1 petang tadi (waktu Malaysia).   Sementara itu, rakan seperjuangan, Joshia Ng meraih pingat perak dalam acara yang sama.
Walaupun ada berlaku perlanggaran ketika perlawanan, Azizul (Rocketman) berjaya memecut laju dan dikejar oleh Joshia Ng yang berjaya memintas peserta China pada saat-saat terakhir.

Tahniah! kepada Azizul dan Joshia. Semoga pingat ini dapat membakar lagi semangat juang pasukan negara dalam mencapai target 9 emas pada temasya Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China ini.

Sehingga jam 4 petang, 17 November, Malaysia menduduki tangga ke-9 dengan 2 emas, 3 perak dan 4 gangsa (jumlah 9 pingat).

error: Content is protected !!