Chai Ying Fong, atlit wushu negara berjaya menyumbangkan pingat emas pertama kepada negara dalam acara wushu kategori Taijiquan/Taijiijian. Kejayaan ini membuktikan Fong Ying berjaya mengekalkan pingat emas kategori Taijijian yang diraihnya ketika penampilan pertamanya di Sukan Asia Doha, Qatar, empat tahun lepas.
Pada pertandingan yang melibatkan kombinasi dua disiplin itu, Fong Ying berjaya meraih 19.36 mata (9.67 mata untuk disiplin Taijijian dan 9.69 mata untuk Taijiquan) .
Tahniah! Fong Ying untuk pingat emas pertama negara ini.
Psssttt: Cantik la baju dia. Fong Ying pun cantik. =D

Sumber: The Malaysian Insider

error: Content is protected !!