ALOR SETAR: Ketika dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.
Difahamkan, ‘orang kuat’ stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.
Menurut sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati rumah berkunci.Apabila pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan.

Sumber: myMetro

Psssttt: Ermm…siapa eh?

error: Content is protected !!