Skuad bola sepak kebangsaan memulakan langkah kanan pada kempen Sukan Asia 2010 setelah berjaya menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Huadu di sini petang semalam.
Dua pemain Kelantan, Nor- shahrul Idlan Talaha membuka tirai jaringan Malaysia pada minit ke- 27 setelah dia berjaya merembat masuk bola lorongan S. Kunanlan dari sebelah kiri.  Namun 10 minit kemudian, kelekaan barisan pertahanan Malaysia dihukum Sydykov yang bertindak solo sebelum merembat lencong ke penjuru kanan gawang tanpa mampu diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Pada minit ke-44, Kyrgyzstan nyaris mendahului tetap Khairul Fahmi bertindak cemerlang menepis rembatan Murzaev ketika situasi satu lawan satu. Akhirnya Chanturu muncul wira skuad kebangsaan apabila merembat kencang gol kedua pada minit ke-59 ketika keadaan kelam-kabut di hadapan gawang Kyrgyzstan.
Namun, kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila skuad bola sepak kebangsaan kehilangan dua tonggak utama, Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani untuk perlawanan kedua menentang Jepun esok dan berkemungkinan besar terpaksa melupakan terus kempen Sukan Asia 2010 akibat kecederaan lutut.
Fakri yang bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan hanya sempat beraksi 13 minit sebelum digantikan Faizal Abu Bakar kerana dia mengalami kecederaan lutut kanan. Manakala Zamani pula terpaksa diusung keluar pada minit ke-72 setelah mengalami kecederaan lutut kiri dengan Fadhli Shas masuk menggantikannya untuk bergandingan dengan Muslim Ahmad di posisi pertahanan tengah.
Sumber: Kosmo!

Psstt: Suka Malaysia menang!. Harap Malaysia dapat kekalkan momentum walaupun tanpa pemain tonggak utama.

error: Content is protected !!